Laki aku drebar lori, ptng tu dia x henti2 baca yasin dekat aku, mmg tak sangka perangai suami brubah

Usia perkahwinan saya baru 3 tahun dan kami baru2 ni dikurniakan seorang cahaya mata.. Apa yang saya nak kongsikan kat sini tentang sikap suami saya sewaktu saya mengandung.. Sejujurnya saya tak sangka dan tak menduga yang suami saya seperti ni Maaf saya tak pandai mengarang, tak pandai bercerita tapi saya cuba untuk kongsikan..

Masa preggy saya diduga dengan macam2 komplikasi kehamilan Suami lah yang menjaga saya.. Yang bawa saya ulang alik ke hospital dan klinik.. Saya tak pandai drive.. Setiap kali checkup suami sentiasa ada.. Suami sanggup ambil cuti tak pergi keje sebwb nak bawa saya ke hospital.. Bila saya tanya kenapa setiap kali checkup mesti dia nak ada dan jawapan dia sebab tu tanggung jawab. Ya ALLAH… Besarnya jasa suami saya…

Setiap kali suami tak kerja saya risau. Gaji suami mesti kena tolak sebab suami kerja sebagai pemandu lori.. Saya pula kerja gov.. Bila ada emergency pasal kandungan saya je, saya mesti EL.. Suami pun EL untuk pastikan keselamatan saya.. ALLAH je yang mampu balas apa yang suami korbankan untuk saya dan anak dalam kandungan masa tu.. Saya sentiasa berdoa untuk suami dan saya juga berdoa supaya kandungan ni dipermudahkan..

Saya taknak susahkan suami saya.. Saya perasan bila ada masalah kehamilan saya, suami yang paling risau.. Gelisah dia saya nampak. Hari berganti hari sampai la tiba saat untuk saya melahirkan.. Saya ditahan beberapa hari di wad.. Sebelum saya bersalin saya ada minta untuk suami buatkan air selusuh.. Suami tak pernah buat, so suami banyak bertanya kat orang lain sebab ni first time.. Suami usahakan juga buat air selusuh untuk saya..

Tapi saya ada terkilan bila suami cerita yang ada orang seolah2 mengejek dia bila dia cakap nak buatkan air selusuh untuk saya.. Suami tak cepat melatah pun.. Suami belajar dan dapat juga buat untuk saya..

Alhamdulillah.. Usaha suami tu takkan saya lupakan.. Hanya ALLAH je yang dapat membalas segalanya. Saya juga ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf pada suami sebelum saya bersalin.. Bagi saya doa, redha dan keampuanan dari suami yang saya perlukan..

Petang tu saya ditolak masuk labor room sebab laluan dah buka.. Suami temankan kat sebelah.. Masa skit nak bersalin saya amalkan baca doa Nabi Yunus je.. Suami kat sebelah cuba rileks dan tenang.. Selalu ingatkan saya untuk istighfar dan zikir..

Saya kat atas katil masa tu, saya nampak suami keluarkan yasin dan mula baca untuk saya.. Saya tahu suami berdoa untuk di permudahkan urusan bersalin saya.. Saya dah beberapa hari kat ward sebelum bersalin sampai saya kena induce baru lah jalan buka..

Suami tak putus2 baca yasin sampai waktu maghrib suami keluar tinggalkan saya untuk pergi solat.. Berkat doa suami lepas je maghrib senang sangat jalan terus buka full.. Alhamdulillah.. Hebat doa sorg suami.! Selepas maghrib suami ada kat sebelah saya.. Suami ajar saya meneran macam yang bidan ajar.. Saya blur sangat masa tu sebab anak pertama kan.. Suami genggam tangan saya, suami yang lap peluh saya.. Suami juga yang suakan air selusuh untuk saya..

Suami tak putus2 bagi semangat untuk saya supaya saya keep on meneran sampai berjaya.. Alhamdulillah, malam tu saya selamat melahirkan puteri kami, cahaya mata yang pertama.

Smpai sekarang saya masih teringat kejadian tu… Saat saya berhadapan dengan macam2 dugaan semasa kehamilan dan semasa proses kelahiran.. ALLAH kurniakan saya sorang suami yang memahami, yang bertanggungjawab, yang sentiasa mendoakan isterinya…

Saya bersyukur sangat dan terharu atas apa yang telah suami saya usahakan.. Mungkin tak semua orang dapat menikmati apa yang saya rasakan.. Tapi ALLAH bg saya rezeki nikmat adanya suami.. Saya berdoa semoga ALLAH memberkati dan merahmati suami saya..

Saya berdoa agar syurga tertinggi untuk suami saya di akhirat kelak.. Hargailah suami walau sekecil mana pun suami.Sayangilah suami ketika mana dia masih ada disisi. Santunilah dia selagi mana dia bernama suami..

Sanjungilah dia kerana dia sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk dirimu dan keluarga. Doakan lah dia jika masih rasa sayang dan cinta padanya. Sayangilah suami dqn selamilah hatinya kerana mungkin ada sesuatu yang tersembunyi…
Disebalik yang tersembunyi tu kau pasti akan menemukan sesuatu yang sangat bermakna buat selamanya..

Buat suamiku..Terima kasih atas segalanya… Moga menjadi suami dan ayah yang penyayang untuk kami.. Didiklah dan bimbinglah aku bersamamu.. Jasamu tak dapat ku balas dengan kata2 mahupun harta.. Akan ku jd isteri yang terbaik untuk mu agar syurga menantimu di sana sayang.