Isteri sorok sesuatu lps aku jwb pngglan dr Nina, x sangka dia sanggup buat mcm tu sbb jauh dgn aku

Salam semua.. Ceritanya macam ni aku dengan isteri aku ni pjj, dah 6 tahun pjj, dia di utara aku di pantai timur. Di kurniakan anak 2 orang alhamdulillah sihat walafiat. aku kecewa sangat2. Pada 1 hari tu dia tertinggal hp dekat rumah aku, tapi berlock. Yang aku heran dia macam takut bila hp dia tertinggal, tapi aku tak kisah sangat.

aku buat dek je kalau kawan dia call. Dia tak habis2 pesan jangan buka whatsapp dia. Kalau kau pun mesti kau curiga, dah kenapa sampai jadi macam tu. Kau tak percaya dekat aku ka. Setiap kali call bukan dia tanya keadaan aku dah makan belum dah mandi belum. Yang dia Tanya ada orang call tak, ada mesej tak. Abang jangan buka mesej saya ok. Saya tak suka ada bluetick mesej tu.

Aku dah panas dah kenapa dengan isteri aku ni Perkara apa yang dia sembunyikan pada aku ni Nak kata orang lelaki call tak da pulak semua perempuan. Tak pelah aku tak kisah sangat. Tapi mana boleh aku nak tenang bila isteri aku jadi macam tu, apa yang dia sorokkan pada aku.

Jadi bila ada 1 panggilan dari kawan dia, Nina tertera pada skrin hp, aku tergerak hati nak jawab. Alhamdulillah perempuan, dia tanya aku sapa. aku jawab ni suami dia, dia tertinggal hp 3 hari lepas, aku tanya ni sapa, dia kata kawan sekerja, ok takpe.
Lepas tu dia letakkan hp. Aku pun buat dek je.

Tapi orang jantan, aku pun ada naluri, bukan orang perempuan ja. Jadi lepas tu aku pun call balik isteri aku bagitau kawan dia call. Ehh tiba2 isteri aku gelabah. Dia marah2 aku. Dia kata kenapa abang jawab saya tak suka la, pandai2 je jawab kenapa. Lain kali jangan nak pandai2.

aku masa tu panas gla. Terus aku cakap dekat dia, awak ada sembunyi apa ya dekat abang, ke ada benda ka yang abang tak tahu. Kalau awak sayang abang bagi no lock skrang, dia punya berdalih tu mashallah, aku masa tu rasa bengang dah Sampai kesudah dia tak bagi.

Aku pura2 ok dengan dia. Aku kata ok tak ape tak nak bagi abang percaya Sangat2 awak. Tapi kalau ada apa2 yang awak sembunyi awak sendiri yang tanggung nanti. Dia punya auta Allah saja tahu. Dia ingat aku bod0h, hp dia aku tak boleh buka tapi memori kad dengan sim aku boleh buka.

Aku pasang sim dengan memori dia dekat hp aku, pelan2 aku godek gambar2 dia. Banyak betui gambar dia dengan kawan baik dia tu. Dalam keta, masa makan, dekat tempat kerja, dekat mall, gambar jalan2 dengan anak masing (kawan dia pun isteri orang) nampak akrab sangat.

Lega tak jadi nak marah. Kiranya gambar aku skeping 2 ja dalam hp tu sebab kami jarang jumpa. Kalau jumpa pun aku ja rajin ambik gambar dia tak langsung. Tapi yang aku hairan kenapa folder tu dinamakan love. Mula la setqn hasut aku macam2, tiba2 terdetik di hati aku, isteri aku ni bercinta ka dengan kawan dia. lama aku tenung silinng. Puas aku pujuk hati aku ni untuk bersangka baik. Tapi mana boleh.

sungguh aku cakap aku tak berani nak buka dan baca mesej2 dia. Satu per satu aku baca ya Allah masa ni hancur lebur hati aku. Aku tak pernah rasa Skitnya hati semacam ni. Pedih luka, luluh hati aku. Aku kecewa sangat2. patutla bila aku bagitau aku tak jadi atau tak sempat nak balik ruamh dia.

Dia ok, dan tak pernah marah pun. Aku sangka dia memahami aku, rupa2nya dia tak pernah kisah pun. Dia bahagia saja dengan kawan baik dia. Aku ni ada untuk apa, aku sendiri tak tahu. Selama ni aku tak pernah tahu dia songsang, tak pernah terfikir di fikiran aku, sebab dari cara dia dan kawan baik dia. Mereka berdua wanita sempurna ada anak2 ada keluarga.

Juga punyai rupa paras yang cantik, berperwatakn feminim. Lemah lembut dan pandai jaga penampilan diri. Sungguh aku terkejut dan tak boleh terima kenyataan ni. Apa perlu aku buat. Aku nak ceraikan dia tapi aku masih sayang dia, mak ayah aku juga sayang dia. Sebab menantu sulung mak aku. Macam mana aku nak buat,aku sendiri kecewa dengan diriku.

Aku gagal. aku tak pernah sangka dia macam tu. Apa dia buat apa, apa kandungan mesej dia biar aku dan allah saja yang tahu. Sampai ke hari ni dia masih tak tahu yang aku tahu pasal diri dia. Kadang2 datang rasa benci. Kalau ada cara nak buat atau perubatan kampung ka, tolong bagi info dekat aku. Aku nak berubat dua2 orang tu sekali. Selebihnya aku berserah pada Allah. Ni bukan cerita aib. Aku cuma buntu tak tahu buat apa. Semoga urusan pertukaran dia lulus nanti. Suami kecewa