Dlm beg hitam ayah ada sesuatu, hati aku tak sedap ayah bwa bag tu jumpa makcik B

Assalam semua pembaca. Aku dibesarkan oleh dua ibu bapa yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Walaupun tidak kaya tapi keperluan aku dan adik-beradik tidak pernah kurang. Aku anggap ayah seorang ayah yang sangat baik . Ayah selalu kerja keras untuk cari rezeki dan selalu pergi outstation setiap minggu atas urusan kerja .

Tapi dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai ayah dan meluang masa untuk anak-anaknya. Sekurangnya itu apa yang aku anggap…

Semasa aku di alam persekolahan (mengengah), dalam 10 tahun yang lalu, aku ternampak mesej ayah dengan perempuan lain. Bersayang rindu bagai. Remuk hati aku. Mak jenis yang tidak cek handphone atau pergerakan ayah. Ayah bebas buat apa sahaja. Mak tidak akan pernah mengongkong.

Bila fikir balik, aku terimbas kembali sewaktu aku kecil dalam umur 4 tahun aku teringat kali pertama dan terakhir aku melihat mak dan ayah bergaduh dihadapan kami adik-beradik. Sebabnya ayah mahu keluar malam tetapi mak tidak setuju dan ayah teruk marah.

Sejak dari itu mak tidak pernah menghalang pergerakan ayah. Malah dibiarkan sahaja jika mahu pulang lewat malam atau pagi. Sudah lali hampir 30 tahun hidup bersama.

Walaupun remuk hati aku lepas baca mesej ayah dan wanita lain, aku diamkan sahaja. Aku hormat ayah macam biasa. Tidak pernah bangkitkan pasal isu ini. Mesej sahaja. Tak lebih.

Alaa… lelaki kan, semua sama sahaja. Aku pujuk diriku. Tetapi aku kasihankan mak. Sampai hati dia buat orang yang aku sayang macam tu.

Ada satu tempoh masa dahulu, ayah selalu kemana-mana bersama bag laptopnya. Pergi kerja, pergi jalan, pergi keluar walaupun bukan urusan kerja. Satu hari, aku ingin mencari barang di dalam bag laptop ayah, dan terjumpa knd0m di dalamnya.

Macam-macam bermain di fikiran. Yang paling penting, kenapa perlu bawak knd0m ke tempat kerja. Mak bukan kerja sama ayah pun. Aku diamkan lagi…

Satu hari rakan sekerja ayah, mak cik B, ada urusan (bukan hal kerja) di luar negeri dan minta ayah menemannya sebab ayah arif dalam hal itu. Mak pun biarkan sahaja ayah pergi bersama B.

Tak lama, balik hari sahaja beberapa jam selesai urusan. Aku pulak banyak tanya kepada mak kenapa ayah perlu ikut, kenapa tak suruh suami B sahaja selasaikan urusan itu dan berapa lama.

Aku bukak mesej mak dengan ayah. Awalnya kata tidak lama. Tapi tiba-tiba ayah mesej kata urusan tergendala beberapa jam. Kena tunggu dan mereka pergi jalan di kota untuk membuang masa.

Kenapa aku bukak mesej mak…sebab aku nampak ayah bawak bag laptopnya. Urusan itu tak memerluukan laptop. Air mata aku jatuh bila nampak ayah bawak bag laptop dia pergi jumpa perempuan itu. Tak tenteram hati. Kasihan dekat mak…

Aku rasa mak ada syak atau tahu sesuatu tapi dia tidak akan pernah menceritakan kepada anak-anaknya. Berpuluh tahun hidup bersama mustahil tidak tahu perangai suami walaupun tidak cek handphone. Dia selalu berseloroh, kalau ayah mahu kawin lagi kawin la. Aku pulak rasa marah.

Bertahun aku simpan rasa marah kepada ayah tetapi tidak pernah tunjuk kepada dia sebab salahnya bukan kepada aku tapi kepada ibuku. Dia ayah yang baik tapi bagi aku dia bukan suami yang baik pada pandanganku. Bila aku meningkat dewasa baru aku nampak banyaknya krban ibu sampai ayah banyak lepaskan tanggungjawab kepada ibu.

Bertahun aku bergolak dengan perasaan aku sendiri. Aku tak percaya lelaki. Aku marah ayah tapi dia tidak salah kepada aku dan sentiasa ada untuk kami sekeluarga. Aku sayang ayah sangat. Hari ganti hari aku cuba redha.

Aku buat keputusan untuk lepaskan hal ini dan biar dia dengan rahsianya. Aku tetap akan sayang dia macam biasa. Biarlah tidak konvensional, sekurangnya dia tidak tunjuk depan-depan. Aku pujuk diri…

Sampailah satu hari, ayah masuk wad… Tidak serius pun skitnya, mak beritahu aku supaya tidak perlu tergesa pulang. Aku pulang pada hujung minggunya dan mak pun ceritalah perkembangan ayah.

Tiba-tiba mak cerita, B datang bawak bubur untuk ayah. Lantas aku bertanya semula kepada mak. Kenapa dia perlu datang? Suami dia tidak ikut ke? Mak jawab pendek dan terus alih topik. Aku syak dia tahu aku marah B ni. Mak bukan bodoh cuma dia tak nak besarkan hal.

Yang buat aku marah, makin berani B ni datang depan mak aku. Nasib bukan depan aku. Sampai sekarang aku tak pernah jumpa B. Aku tanak. Kalau aku nampak dia depan-depan aku akan kurang ajar. Dah ada suami tapi sibuk dengan suami orang lain. Memang kurang kasih sayang pun sebab dia isteri kedua suaminya.

Kadang-kadang aku jeling phone ayah aku nampak dia masih lagi mesej ayah sampai sekarang pada waktu malam. Normal kah isteri orang bermesej dengan suami orang pada waktu malam. Lagipun mereka sudah tidak kerja di pejabat yang sama lebih bertahun sudah.

Bagi aku lelaki tetap lelaki walaupun dia ayah aku. Aku banyak baca k3s cuurang sekarang tapi sikit pon aku tak terkejut. Lelaki… kalau ada peluang takkan dia lepas. Beza halal haram je.

Kalau yang nak halal dia kawin lain. Kalau haram, buat lah perempuan simpanan macam ayah aku. Hahahaha… Paling baik pon akan terfikir perempuan lain jugak cuma tidak bertindak. Dah lali. Jangan lah percaya lelaki bulat-bulat. Dan jangan lah harap banyak sangat daripada mereka ni. Nanti merana.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Suhaida Ahmad, Perkahwinan adalah satu perjudian hidup.semat d hati ibu2, berkerjaya tak kira d mana generate ur own money.ada rumah sendiri dan pandai urus kluarga dan kewangan. jodoh berpanjangan alhamdulilah jika separuh jalan anda bolih berdikari.hidup mesti berpihak kpd jln yg selamat utk diri dan anak2.

Oya Alya, setuju dik.. bagus adik pandai berfikir dgn matang. mmg lelaki tetap lelaki, baik mcm mana pun, tak pernah hanya satu perempuan dlm hati dia. msti ramai. dan isteri dia tu cuma org yg dia rasa selesa utk dibodoh2kan.. tp sebenarnya mak adik x bodoh pun.

sbb dia tahu hala tuju hidup dia ke mana. bkn nk seronok je mcm mkcik B tu. salute dgn mak sis.. jangan pernah jadikan kesetiaan seorang lelaki sebagai ukuran kebahagiaan. sbb kesetiaan seorang lelaki takka pernah wujud.

Azi Muda, Tak nak komen asalnya, ishh gatal juga jemari ni. Ginilah adik, jangan takut untuk berkahwin kelak. Jangan fikir yang bukan2. Doa baik2. Future adik masih belum berlaku. Tak semua lelaki macam ayah awak. Masih ada yang baik. Doalah kata kuncinya.

Bab mak adik tu, akak rasa dia bertahan pon sebab anak2, rasa cinta mungkin dah takde, dia tahu baik buruk suami. Tengok mak adik pon x burukkan suami cuma nasib adik terjumpa aib si ayah. Biarlah dosa ayah tu dia tanggung. Yang penting awak bahagiakan mak dik tau.

Ayuni Nadia, Berhati2 la lelaki or perempuan once da jd parents. Anak2 memerhati segale tingkah laku kite. Bertanggugjawab antare 1 same lain, berkomunikasi secare baik, jujur. Jgn sampai anak hiilang hormat pade ayah atau ibunye sendiri dsebabkan perkare ini.

Khulailah Musa, Kemungkaran wajib dihalang. Ibu kamu wajib tegur kemaksiatan bapa kamu. Di dunia bolehlah tulikan telinga dan butakan mata Hati. Mana ada kebahagian dalam keluarga apabila bapa bebas buat maksiat..Redha Allah tiada.

Nur Rahayu, Sayang bukan bermakna kita diamkan kesalahan mereka. Bawa ayah bersama masuk syurga. Itu baru sayang.. cari pendekatan terbaik.. semoga tt sekeluarga sentiasa dlm rahmat Allah.Terus terang pada ibu dan bapa kamu.

Fairuz Nisa, Perempuan pun sama dik. Tak tahu salahnya di mana. Udah berkahwin, tetap sanggup jadi stok geli² lelaki yang statusnya suami orang yang bernafsu kuda tapi duitnya tak der. Moga kita dijauhkan..aamiin. Dugaan setiap orang x sama

Sumber – AA (Bukan nama sebenar)

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen