Selalunya suami tak dpt tidur kalau aku takde sebelah, tp dia ke negara seberang 2 hari tak call aku

Assalamualaikum admin dan semua yang membaca.Cerita saya ni ada 2 episod semuanya dan ini adalah yang pertama. Saya harap perkongsian saya dapat memberi manfaat pada semua. Ini full story macamana nak detect behavior suami curang dan sihir rumah tangga. Agak Panjang. Tapi inshAllah membantu. Demi Allah, Allah saksi saya, cerita dibawah 100% cerita saya dan bukan rekaan imaginasi atau petikan novel.

Saya berkahwin usia muda, 22 tahun. Kenal setahun, bertunang setahun. Umur 24 tahun dapat anak pertama. Anak kedua, dua tahun selepasnya. Keduanya lelaki, selective czer. Dia suami yang baik. Semua access social media, account bank, handphone semua saya ada.

Dan sepanjang bercinta sampai tunang, sampai kahwin anak dua, memang tak pernah saya tangkap apa-apa walaupun sekecil sms sekalipun. Jadi saya percayakan dia. Cuma kami ada masalah dia ni memang pemalas. Saya kena serve dia macam raja.

Contoh: Baju kat mana dia buka baju, kat situ dia campak. Tak pernah tolong buat kerja rumah sekalipun dalam pantang. Dan masalah sampingan, ibu mertuaku nauzubillah (anak tunggal) faham-faham. Kisah ibu mertuaku ni, kalau kalian nak saya hurai, saya kena buka post lain. Kalau ada perminatan saya buat.

Okay sambung..

Perkahwinan saya bahagia. Saya datang dari keluarag sederhana, adik beradik ramai. Dia pula dari keluarga senang, anak tunggal. Kami bahagia, walaupun anak tunggal tapi dia diajar untuk cari duit sendiri. Kami sama-sama berkerja. Tiap bulan gaji saya sepenuhnya saya serahkan pada dia sebab gaji dia tak cukup.

Waktu tu tak rasa apa-apa sebab kami bahagia. Kami tinggal di condo hadiah perkahwinan kami dari parents dia. Cuma kami masih perlu bayar sewa RM1000 sebulan kepada parents dia. Harga rumah 1.2 Million jadi saya rasa dah cukup bersyukur dengan apa kami bayar.

Lepas lahirkan anak pertama, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Fully susukan anak. Sampai 1 masa, dia cakap dia nak berhenti kerja, nak buka kedai retail. Waktu tu saya mengandungkan anak kedua 5 bulan.

Mula-mula saya tak setuju. Tapi dia pegang tangan saya, dia menangis, dia cakap dia perlukan sokongan saya, sebab dia tahu parents dia takkan sokong. Saya memang ada background business dan marketing. Kami suami isteri bangunkan kedai.

Permulaan setup deco semua, saya yang uruskan. Marketing. Kedai buka jam 10am sampai 4am. Saya la cleaner, cashier, saya lah marketeer, sayalah accountant. Sebab waktu tu tak mampu nak ada staff. Kadang-kadang sampai tertidur anak beranak dalam stor kedai sebab penat sangat. Susah.. tapi kami bahagia. Saya tak dibayar gaji selama 4 tahub. 60% kedai saya uruskan. Tapi asal lepas makan pakai, kereta, komitmen, saya dah happy.

Business semakin maju. Saya jadi tulang belakang. Lepas tu kami decide untuk buat product sendiri. Saya yang keluarkan duit asb sepenuhnya untuk modal. Staff dari seorang jadi ramai. Business tu mengubah hidup kami.. Sepenuhnya..

Tahun 2016. Titik hitam dalam perkahwinan saya. Dia mula berubah. Saya nak listkan dibawah supaya yang membaca jangan ulang kesilapan saya untuk alert dengan petanda-petanda Allah seawal bulan pertama.

Petanda 1: Dia dah jarang Jemaah. Suruh solat pun liat.
Petanda 2: Lepas solat subuh biasanya saya akan baca 1 helai Alquran. Sejadah biasanya di sebelah katil kami. 1 pagi, saya tengah baca alquran, dia bangun dan cakap “You ni nak baca, baca kat luar boleh? Bising tahu tak?”

Petanda 3: Saya selalu mimpi dia curang.

Petanda 4: 1 malam dia kejut saya untuk bersama. Tapi “cara ajakan” tu lain. Saya terdetik nak tanya dia “Whats my name?” Dia jawab, “Nadlopha” bukan nama saya. Nama someone yang saya tak kenal.

Petanda 5: Time mandi, dia akan bawa handphone masuk toilet. Dia pasang lagu-lagu cinta. Dan nyanyi.

Saya abaikan semua petanda tu. Bagi saya, suami saya baik. Tak baik buruk sangka. Walaupun hati saya kuat rasa macam ada tak kena.

Lama kelamaan makin teruk, susah nak diajak berjalan bawa anak. Asyik nak marah-marah. Hubungan bersama dah tak ada. Macam mati nafsu. Dia pernah ke negara seberang dua hari. Off telephone (Petanda ke 6).

Sampai Malaysia, dia cakap charger dia rosak. Dia peluk saya sangat sangat kuat dia cakap dia rindu (Petanda ke 7). Baju dalam luggage, semua dia masukkan dalam wash machine, immediately lepas masuk rumah dari airport letak sabun dan spin – Petanda ke 8.

Suami saya sejenis tak boleh tidur tanpa saya disebelah. Tapi dia hilang 2 hari ke negera seberang tanpa 1 pun call.(Petanda 9)

Makin hari makin teruk. Sampai 1 malam, dia cerita pada saya dia selalu macam kena gangguan. Macam selalu nampak kelibat. Sampai 1 masa dia stress, dia jerit “Apa kau nak?” Dia dengar suara jawab “Aku nak kau murtad”. Waktu tu dia dalam kereta seorang.

Saya usahakan jumpa Ustaz A. Datang rumah. Baldi kosong. Dia muntah susu ada tompok-tompok merah. Sebelum ustaz tu balik, ustaz tu cakap “Sebab awak ni banyak buat perbuatan mungkar” Pendek je ayat dia, saya terlepas petanda ke 10 Allah bagi…

Lama-lama, saya dah tak tahan. Dia dah pandai balik lewat. Kedai tutup 12am, jam 4 pagi dia baru sampai rumah. Saya sendiri urus anak. Hantar preschool, lepas tu sambung pergi kedai. Petang balik, ambil anak, sambung kemas rumah pulak. Begitulah hari-hari.

1 malam, saya solat sunat hajat. Saya menangis semahu-mahu kat sejadah. Saya doa “Ya Allah, Kau bantu aku Ya Allah, Kau berikan aku petunjuk. Mana suami aku yang dulu?”

Saya tertidur dalam telekung. Dalam jam 2 pagi saya terbangun. Sebab saya dengar pintu rumah tertutup. Bila saya jenguk, dia dah keluar. Bila dia balik pun saya tak tahu. Waktu yang sama juga, saya terdetik nak check email. Saya nampak bill telefon kami. Saya terdetik nak check satu2. 4 tahun kahwin, saya tak pernah check. Haritu terdetik

Saya nampak ruangan international call, ada 1 number dari negara seberang. Saya call. Perempuan tu macam kenal saya.

“Hai Atikah (contoh nama bukan sebenar), your brother is looking for you”.

Saya confused. Saya tanya dia “Who’s my brother?”.

Dia sebut nama suami saya. Saya lagi confuse.

Saya jawab “Hes my husband. Not my brother”

Perempuan tu terkejut. Dia hung up..

Saya call suami.. Engage. Saya call perempuan tu.. Engage.

Saya terdetik nak save no perempuan tu. Saya search dia di Whatsapp, tak jumpa. Saya search dia di LINE apps, jumpa! Display photo, suami saya siap berpakaian uniform pilot, tengah kiss pipi dia.

Seluruh badan saya menggigil. Saya meraung sampai parents dia terbangun. Saya tunjuk gambar tu kat mak. Mak mengucap panjang. Saya call dia, saya cakap balik sekarang, kalau tak, saya cari dia kat luar.

Dia pun balik. Dia ketawa tengok gambar tu. Dia jawab “Oh.. Ini gambar annual dinner haritu..” (Ini petanda suami kita dah kena something. Dia jawab sesuatu yang serious tu macam dia dalam keadaan bingung)

Saya belasah dia cukup-cukup admin.. Depan mak ayah dia. Mak dia pun join belasah dia. Koyak baju dia semua. Dia lari keluar rumah. Naik tangga. Tak tunggu lift. Sebelum tu dia sempat pecahkan pintu bilik. Sebab saya rampas handphone dia, saya masuk bilik dan kunci. Lepas dia dah rampas handphone tu, dia call police. Lucu kalau ingat-ingat balik.

“Encik-encik, datang rumah saya. Ada orang cederakan saya” – Waktu tu kami tengah masih belasah dia.

“Encik dimana dan siapa yang cederakan encik”.

“Di rumah, mak dan isteri saya” – Nampak tak dia sendiri bingung dari cara dia cakap dengan polis?

Polis jawab “Hal rumah tangga kami tak boleh campur encik”.

Keesokkannya, ayah dia pujuk balik rumah. Waktu tu saya masih percaya suami saya baik. Tapi dia kena guna-guna. Mak buat amalam solat hajat malam tu, baca Yassin tiga kali. Pada bahagian “Kun fa ya kun…” Niat apa kita nak.

Tutup je quran, mak nampak lembaga menyerupai anak dia. Dari pusat ke atas rambut mengerbang. Muka hitam macam kesan minyak..

Ayah bawa dia ke Paya Jaras. Ustaz B. Berubat pakai pokok nona. Korang boleh google “rawatan pokok nona ustaz paya jaras”

Balik berubat, 1 badan dia penuh dengan kesan lebam. Sebijik macam orang baru lepas accident. Waktu tu, saya masih percaya. Dia kena buatan orang.

Mak tak sampai hati nak continue rawatan tu 7 hari. Dahan nona ni kalau kena badan pesakit yang ada gangguan, akan naik lebam-lebam biru.

Kami jumpa Ustaz C. Di Negeri Sembilan. Ustaz tu cakap “Orangnya gempal-gempal janda anak 1”. Suami isteri kena mandi limau 3 hari. Saya confuse. Janda anak 1? Perempuan tu yang saya tahu belum pernah kahwin. Part ni korang akan jumpa jawapan di akhir cerita nanti.

Selesai mandi 3 hari, dia memang cakap dia dah putus dengan perempuan tu dan dia kena sihir. Dia cakap, boleh tak nak time break. Dia minta saya balik kampung saya.

Saya drive balik kampung dengan anak kecil 2 orang. Sebelum balik, saya sempat iron semua baju dia, saya beli makanan banyak-banyak masukkan dalam fridge.

Saya siapkan fresh towel banyak-banyak sebab saya tahu dia tak biasa buat sendiri. 3 minggu di kampung, Boleh dikira dengan jari berapa kali dia call saya. Siang malam saya tak boleh tidur. Tak boleh makan. Saya susut 10kg bayangkan. Malam-malam saya tahjud. Sampai 1 hari, terdetik saya nak upah Private Investigator (PI). Saya google. Saya jumpa seorang. Saya bayar dia RM2000.

Masuk minggu keempat, PI saya bagi info. Passport perempuan tu ada masuk Malaysia tarikh yang sama saya balik kampung 3 minggu lepas. Sakit jantung saya, saya pack semua barang. Malam tu juga saya drive ke KL dengan anak dua orang. Mak saya temankan. Tapi saya balik rumah kedua saya. Bukan rumah yang dia duduk. Juga, saya tak bagitahu dia saya di KL.

Malam yang sama, PI tu cakap suami dan perempuan ada di Bangi. Tengah makan. Saya dah siap pakai tudung. Anak merengek nak susu. Tengah menyusukan baby, saya tertidur. End up saya tak dapat tangkap dia.

Esoknya saya ke kedai bawa anak. Dia terkejut. Saya minta dia balik rumah kedua. Dia balik. Siang malam mana dia pergi saya ikut. Korang mesti tertanya2 mana dia letak perempuan tu dan macamana dia boleh tak jumpa perempuan tu dalam seminggu ni? Hujung cerita korang akan tahu.

1 hari, dia cakap dia nak pergi hantar stock di Shah Alam. Saya tak leh ikut dia cakap. Nanti kereta penuh. Saya berkeras nak ikut. Saya pegang je tangan dia. Dia turun kedai, saya ikut. Tapi dia tak pergi kat kereta. Dia jalan kaki (dalam keadaan saya pegang tangan dia) ke row belakang kedai, dia bawa saya pergi balai polis.

“Encik, tangkap dia ni, menganggu privacy saya”.

“Puan ni siapa ya?”

“Encik saya minta maaf, saya isteri dia, dia dalam proses perubatan encik. Dia kena minyak dengan perempuan seberang”.

Polis gelak. Dia terus lari tinggal saya. Saya kejar dia. Waktu turun tangga, saya terjatuh. Ada seorang adik naik motor. Dia tanya.

“Akak, akak okay ke?”

“Akak okay dik. Tapi boleh tak tumpang akak sampai kereta? Kaki akak seliuh rasanya”.

Waktu tu tak fikir apa dah. Fikir nak kejar suami je. Rendahnya maruah saya, saya letakkan. Saya tak dapat fikir apa-apa. Air mata je jadi peneman.

Saya sampai kereta lebih awal dari dia. Saya kan naik motor adik tu. Dia jalan kaki. Kereta dia park depan kedai kami. Tah macamana terdetik. Saya check poket seluar, ada kunci pendua kereta. Tak fikir panjang, saya masuk kereta. Saya sorok kat lantai seat belakang. Saya tunduk dan tunggu dia sampai. Dia masuk kereta. Dia cepat-cepat start enjin kereta. Sampai 1 tempat, dia berhenti. Dia keluarkan handphone. Saya intai dari seat belakang.

Dia reply message siapa tah “Ill be there baby”

Lepas tu dia sambung drive. Dia tertoleh kat belakang sebab berhenti isi minyak, dia nampak saya kat situ. Ini perbualan kami.

“Eh kau siapa? Eh kau hantu!”

“Tak baba.. Ni I ni.. I menyorok belakang tadi. I ada kunci kereta”

Saya sujud kaki dia (Waktu ni saya memang bodoh. Sebab saya tahu suami saya baik. Suami saya cuma kena sihir) Saya sujud sambil cakap “Baba, baba jadikan perempuan tu isteri kedua, I sanggup baba.. Asalkan anak-anak I tak membesar tanpa bapa” (anak pertama sangat rapat dengan dia)

“Kau ni gila ke? Perempuan apa? Kan aku dah putus!”

Dia masuk kereta sambung drive. Dia drive laju. Saya takut. Saya peluk dia dari belakang. Saya baca ayat kursi kuat kuat. Nak tahu ape dia buat?

Dia keluarkan handphone. Letak kat holder, lepas tu dia record video from front camera.. Dia cakap, “Ini bukti ye. Nampak tu dia cekik saya? Dia cuba bunuh saya!” (Padahal saya tengah baca ayat kursi sambil peluk dari belakang)

Habis record, dia drive sampai Balai Polis lain pulak. Dia suruh saya keluar. Dia masuk balai. Kat kaunter aduan dia tunjuk video dia record tu pada polis dan suruh polis tangkap saya.

Polis “Eh encik, dia baca ayat kursi ni encik. Tak cekik pun”.

Saya terpaksa tebalkan muka “Minta maaf encik. Suami saya dalam proses perubatan. Dia tak betul sikit”.

Saya cakap pada dia. “Jom balik. I rasa baby nak susu sebab I punya b*east berdenyut-denyut ni”.

Dia pun drive saya balik. Sampai rumah, saya nampak mak ayah dia. Masuk ke rumah. Ayah dia padlock kan grill. Saya tak perasan. Yang saya tahu tengah susukan anak saya dengar dia jerit.

“Ey orang tua, kau buka padlock ni” Dia tending-tendang grill. Seorang yang penyayang. Lemah lembut dengan mak ayah. Anak tunggal katakan.

Saya keluar bilik, angkat baby. Anak no 1 dah bingung kat situ. Umur baru 3 tahun tak faham apa. Saya tengok dia dah pegang kayu golf. Nak pukul mak sambil cakap “kau bukak pintu ni atau aku terjun dari tingkat 2 ni”.

Takda pilihan, mak buka pintu. Dia pergi kat saya, dia pegang tangan saya, dia cakap “Aku ceraikan kau dengan talak 1” Saya tergamam. Saya kejar dia. Dua2 lari turun tangga. Tapi dia sampai kereta dulu.

Dia lock pintu. Saya cuma sempat pegang handle pintu. Saya kejar kereta sambal pegang handle pintu. Sampai saya terjatuh terseret kat jalan tar sebab dia tekan minyak. 300 metre jugak saya lari. Ayah dia datang angkat saya.

Malam tu jugak, abang saya, kakak ipar saya turun dari Melaka. Dengan Ustaz D. Saya dah kepenatan. Saya tertidur. Abang saya keluar rumah cari dia 1 KL. Sepanjang malam tu Ustaz D buat perubatan dari jauh. Saya taktahu apa dia buat, tapi..

Part 2 akan menyusul selepas ini.