Muka aku gelap, boifren time tu smpai lupa ulangtahun couple tp layanan mlm pertama kami aku masih teringat2

Assalamualaikum pembaca semua. Terima kasih IIUM sudi siarkan confession ni.

Kisah aku dan dia ni tentang aku dan suami aku. Sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku Ummi bukan nama sebenar, berusia hampir 30 tahun. Aku dan suami berkenalan tak lama. Tak sampai sebulan kami kenal, kami dah cakap pasal mendirikan rumah tangga.

Lepas 7 bulan kami bertunang, lepas 6 bulan kami kahwin. Sebelum kahwin, banyak kali aku nak putuskan hubungan kami. Banyak perkara yang aku tak suka tentang dia.

Pertama, dia agak kedekut. Selalu kalau tengah hangat bercinta, dan tentu2 si lelaki sanggup korbankan wang ringgit untuk kekasih dia kan. Tapi suami aku ni tak. Kalau keluar berdua, sanggup dia tak nak bawak aku pergi kedai makan sebab tak nak keluarkan duit. Aku cakap lapar, baru la pergi kedai makan.

Tu pun aku yang bayar sendiri. Aku tak la hadap sangat dia belanja aku makan, tapi aku nak tengok la kesanggupan dia keluarkan duit untuk aku. Orang selalu cakap, kalau sebelum kahwin dah kedekut, mesti lepas kahwin lagi bakhil. Kami jarang dating sebelum kahwin. Boleh kira dengan jari la berapa kali keluar berdua.

So bila dah keluar berdua, aku harap lah macam dia belanja aku makan ke, beli aku sesuatu ke. Mati hidup balik jangan harap la dapat. Kadang2 aku beli barang sikit masa keluar, guna duit aku bukan dia pun. Nak minta tolong dia angkat, korang nak tahu apa dia cakap? Dah tahu tak larat, buat apa beli banyak2.

Pastu terus tinggalkan aku terkontang-kanting angkat barang. Terasa la juga aku. Lepas tu, kalau keluar dengan aku, dia mesti jalan depan jauh tinggalkn aku, kalau jalan sebelah2 pun mesti ada jarak sampai orang pun tak tahu aku tengah keluar dengan dia. Aku rasa dia geli kot jalan dengan aku, yela bukannya cantik pun. Pandang aku pun macam nak tak nak.

Dia tu kategori ada rupa la juga. Tinggi, tough, hitam manis. Aku hitam je, manis tak ada. Tu sebab kot dia macam cuba mengelak dengan aku. Pastu kan, perempuan lain elok je dapat hadiah masa birthday. Aku jangan cakap hadiah, wish pun tak. Masa tu memang aku mengamuk sakan la.

Biasa la tipikal perempuan. Tak ingat anniversary, macam nak kiamat rasanya. Memang aku tak sabar nak minta putus. Tapi aku sabar lagi. Yela bila memikirkan, aku ni dah la tak cantik, demand pula macam2. Dah ada orang nak, terima jela.

Nak jadi cerita, kahwin la kami. Tapi alangkah terkejutnya aku, masa hari pertama kami sah jadi suami isteri, tu lah kali pertama aku dapat rasa dia sayangkan aku. Kalau dulu, mati hidup balik, jangan haraplah dia nak tolong angkat barang, sekarang ni, aku jalan menonong je, dia tak bagi aku angkat.

Masa aku mengandung lagi la. 1 kerja rumah aku tak buat, semua dia buat, dari kemas dapur, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, cuci toilet, semua dia buat. Masa mengandung, memang rasa macam queen la.

Kalau dulu punya la kedekut dengan aku, sekarang minta je apa pun, walaupun mahal & susah dapat, semua tersedia depan mata. Masa aku mengandung, macam2 aku teringin makan, semua dia tunaikan walaupun tengah2 hujan lebat.

Kalau dulu sebelum kahwin, dia tengok aku macam jijik, sekarang aku baru bangun tidur dengan air liur basi berselepat, rambut kalah kak limah, elok je dia cium muka aku, sampai aku pula naik rimas.

Walaupun gaji aku 2 kali ganda dari gaji dia, tak pernah sekali dia minta duit aku walau 1 sen pun. Kalau aku offer, dia akan tolak seolah-olah macam maruah dia jatuh gila bila ambil duit aku. Bila aku tolong bayarkan bil tak bagi tahu dia, mesti dia ganti balik diam2.

Tahu2 duit aku dah bertambah. Sepanjang kami kahwin, rutin dia sama je, pergi kerja pagi, tengah hari balik kejap makan dengan solat, pergi kerja balik pastu petang balik rumah. Tak pernah keluar melepak dengan kawan waktu malam, kalau keluar rumah bila perlu beli sesuatu, kalau tak, dia dok je dekat rumah melayan aku membebel.

Walaupun kadang2 aku tahu dia penat baru balik kerja, dia tetap layan aku bersembang, bagi respond bila aku bercerita. Macam aku cakap, muka dia boleh tahan, tapi ala2 macam nakal gitu. Jadi aku tak la expect agama dia tu macam ustaz2.

Bila kali pertama dia jadi imam aku masa hari 1st kami kawin, sayu hati aku dengar bacaan dia dalam solat. Dengar dia mengaji untuk baby dalam kandungan, kadang2 buat aku nak menangis.

Satu hari tu, masa aku tengah tengok movie, dia teman aku dekat sebelah sambil main fb, dia ada terbaca 1 article. Pasal sorang laki tu kena tinggal dengan gf walaupun laki tu dah buat macam2. Dia bebel sorang2 sebelah aku, cakap padan muka sapa suruh kau jadi bodoh.

Belum jadi bini, kau dah layan macam queen. Mak kau dekat kampung belum tentu kau layan macam tu. Dah kalo gf kau layan macam bini, habis bini kau nanti dapat apa?

Aku yang dengar masa tu terus speechless. Patut lah dulu sebelum kahwin dia layan aku macam sampah, rupanya dia nak tunggu aku jadi isteri dia yang sah baru dia layan macam queen. Masa tu aku rasa bersyukur sangat sebab tak jadi gila nak minta putus. Kalau tak, aku la perempuan paling rugi.

Sekarang bila aku baca banyak confession pasal suami curang, tak bertanggungjawab, panas baran semua, aku betul2 rasa sedih, marah. Aku doakan semoga semua wanita dekat luar sana dikurniakan jodoh yang soleh, bertanggungjawab, penyayang. Aamiin.

– Ummi (Bukan nama sebenar)